Sabtu, 28 Mei 2022

PENYERAHAN SIJIL PERLANTIKAN

 


TEMERLOH, 28 MEI 2022 - Syarikat Felcra Travels & Tours Sdn Bhd telah mengadakan acara penyerahan sijil perlantikan sebagai wakil syarikat kepada 5 orang pegawai yang berpengetahuan dan berpengalaman luas di bidang pelancongan terutamanya sebagai mutawwif haji dan umrah. Perlantikan ini disempurnakan oleh Tuan Haji Junaidin bin Haji Omar, Eksekutif Umrah dan Haji  Syarikat Felcra Travels & Tours Sdn Bhd. 


Tuan Haji Junaidin bergambar bersama para wakil yang dilantik

Semasa ucapannya di sesi penerangan Pakej Umrah Felcra Travels di Pahang, Tn Hj Junaidin menyatakan bahawa perlantikan itu dibuat untuk memantapkan semula peranan syarikat untuk menguruskan ibadah umrah Temerloh khasnya dan pelancongan Pahang  umumnya. Beliau sangat optimis para wakil yang telah dilantik akan dapat menjalankan usaha yang dirancang dengan baik.


Tuan Haji Fadhli Dzulkarnain bin Norawi

Mej (B) Hj Suhaimi bin Mohamed Saman

Tuan Hj Nazri bin Hamzah

Tuan Hj Mohd Johari bin Omar

Tuan Saberi bin Razali

Penyerahan ini telah diadakan di No 11 Jalan Taman Bahagia 31, Taman Bahagia, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur dan disaksikan oleh para peserta sesi penerangan tersebut. Para pegawai yang dilantik berazam untuk menaikkan nama Felcra Travels & Tours di Pahang Darul Makmur, khususnya di Temerloh, Bera, Jerantut dan Kuantan.

Biodata mereka yang dilantik boleh diperolehi di pautan berikut:  https://felcratravelspahang.blogspot.com/2022/04/felcra-travels-tours-agen-pahang.html

 Bagi yang berhasrat untuk menunaikan umrah, haji atau pergi melancong, bolehlah menghubungi mereka di talian seperti di bawah:

Hubungi kami:

1.            Tuan Haji Fadhli (Temerloh, Bentong, K.Lipis, Maran) - 014-2161707

2.            Mej (B) Haji Suhaimi (Temerloh, Bentong, Kuantan, Bera) - 0139277414

3.            Tuan Haji Nazri (Bera, Maran, Kuantan, Rompin) - 0139795634

4.            Tuan Haji Mohd Johari (Kuantan, Pekan, Jerantut, Raub) - 0199559463

5.            Tuan Haji Saberi bin Razali (Temerloh, Bera, Maran, K.Lipis) - 0193305232





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKEJ UMRAH 2022

Pakej Umrah 2022 yang kami tawarkan dengan harga pakej umrah terkini adalah seperti berikut: 1. PAKEJ UMRAH GOLD - Penginapan:  Hotel Anju...