Sabtu, 28 Mei 2022

PENERANGAN PAKEJ UMRAH 2022 FELCRA TRAVELS SIRI 1/2022

 

Para peserta bergambar bersama pegawai dan wakil bertauliah Syarikat Felcra Travels & Tours Sdn Bhd

TEMERLOH, 28 MEI 2022 - Felcra Travels & Tours Sdn Bhd-Wakil Pahang hari ini telah berjaya mengadakan sesi penerangan Pakej Umrah Felcra Travels dengan jayanya. Sesi tersebut bertempat di No 11 Jalan Taman Bahagia 31, Taman Bahagia, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur. Peta ke lokasi boleh diperolehi pada pautan berikut: https://g.co/kgs/zPYekQ 



Sebahagian daripada peserta yang hadir

Seramai 17 orang peserta yang datang daripada pelbagai daerah telah menghadiri siri penerangan yang julung-julung kalinya diadakan di bangunan ini. Ada di antara peserta yang hadir datang dari Temerloh, Kuantan, Jerantut dan Selangor. Walaupun jumlah kehadiran kali ini kecil namun ia merupakan permulaan yang baik. 


Sesi soal jawab

Semasa sesi penerangan, para peserta telah didedahkan tentang misi, visi & latar belakang syarikat Felcra Travels & Tours Sdn Bhd. Pakej umrah dan ziarah (pelancongan) juga telah didedahkan kepada peserta. Pakej-pakej ini akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan dan ibadah umrah. Rata-rata peserta amat teruja dengan penyampaian yang disampaikan oleh Tuan Haji Junaidin bin Haji Omar, Eksekutif Umrah dan Haji Felcra Travels & Tours Sdn Bhd. Keterujaan ini jelas terpancar semasa sesi soal jawab.


Tuan Haji Junaidin bin Haji Omar, Eksekutif Umrah dan Haji

Seusai sesi penerangan, para peserta telah bergambar ramai bersama penceramah dan menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Pihak penganjur akan mengadakan sesi penerangan seumpama ini dari masa ke masa dan orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat di Facebook "Umrah Felcra Travels-Wakil Pahang".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKEJ UMRAH 2022

Pakej Umrah 2022 yang kami tawarkan dengan harga pakej umrah terkini adalah seperti berikut: 1. PAKEJ UMRAH GOLD - Penginapan:  Hotel Anju...