FELCRA TRAVELS & TOURS SDN BHD
FELCRA TRAVELS & TOURS SDN BHD merupakan syarikat/agensi pelancongan 100% muslim bumiputera dan berlesen penuh (Co 114515P KKKP0980). Kami adalah sebuah syarikat yang telah beroperasi selama lebih 30 tahun dalam bidang pelancongan dan Perkhidmatan UMRAH dan HAJI.
Felcra Travels & Tours Sdn Bhd
dibekalkan lesen khas umrah bagi kelengkapan syarat sebagai
pengendali pakej umrah kepada bakal jemaah tetamu Allah ke kota suci Mekah dan
Madinah yang dibimbing oleh mutawwif berpengalaman serta berpengetahuan luas
berkaitan manasik umrah dan haji termasuk pengendalian pakej ziarah ke kota
suci ke-3 umat Islam, Baitul Maqdis.
Kami mahir mengendalikan pakej ke
luar negara (Outbound), berpengalaman dalam mengendalikan pakej pelepasan
bersiri secara berkumpulan ke pelbagai destinasi menarik seluruh dunia dengan
tawaran harga berpatutan serta jaminan kualiti perkhidmatan pada tahap terbaik.
Felcra Travels & Tours Sdn Bhd
turut menguruskan percutian dalam negara (Inbound), percutian secara
persendirian (FIT), serta program lawatan teknikal dan pengurusan acara (MICE),
diuruskan mengikut kesesuaian dan citarasa pelanggan-pelanggan kami.
FELCRA TRAVELS & TOURS: AGENT PAHANG
FELCRA TRAVELS & TOURS: AGENT PAHANG pula adalah para mutawwif di negeri Pahang D.Makmur yang telah dilantik oleh Felcra Travels & Tours Sdn Bhd untuk merancakkan lagi industri ini. Di bawah adalah mereka yang telah menerima surat perlantikan dan dibenarkan untuk membantu syarikat.
PENGARAH AGENT PAHANG
MUTAWWIF 1
Tuan Haiji Nazri dilahirkan pada tahun 1974 di Chenor, Pahang Darul Makmur. Beliau juga berlatar belakang pendidikan di Sekolah Menengah Agama sebelum menyambung pengajian di Kuliah Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur. Kini bertugas sebagai imam di Masjid Bohor Baru. Tugas sebagai imam memberi kelebihan tambahan apabila membawa para jemaah dengan bacaan doa yang jelas dan mudah diikuti olah jemaah. Berpengalaman luas sebagai mutawwif di syarikat lain sebelum mengambil keputusan menyertai Felcra Travels & Tours.
APA YANG TERMASUK DALAM PAKEJ?
1. Tiket
flight kelas Ekonomi MH atau Saudi Airlines.
2. Penginapan
di Madinah 5 malam.
3. Penginapan
di Makkah 5 malam.
4. Pengangkutan
Bas di Tanah Suci.
5. Visa
Tourist termasuk Insuran.
6. Mutawwif
di Tanah Suci.
7. Mutawwifah
Raudhah.
8. Bellboy
check in/out Hotel Madinah & Makkah.
9. Makanan
dalam perjalanan Madinah ke Makkah.
10. Tiket keretapi Madinah ke Mekah.
ITINERARY
PENUH UMRAH
PAKEJ UMRAH:
Tentatif ini sebagai panduan umum sahaja dan mungkin berubah mengikut tarikh perjalanan dan keadaan ketika itu.
HARI - 1
• Berkumpul di KLIA, 4 jam sebelum
waktu berlepas untuk urusan check-in dan taklimat keberangkatan.
• Tiba di Airport Madinah, terus ke
Hotel Madinah untuk urusan check-in dan pendaftaran sim card Saudi.
• Perbanyakkan amalan-amalan sunat.
HARI - 2
• Ziarah Dalam Masjid Nabawi bersama
Mutawwif.
• Cadangan untuk jemaah ke Raudah
(Tertakluk pada kekosongan semasa).
HARI - 3
• Solat Jumaat di Masjid Nabawi.
• Perbanyakkan amalan-amalan sunat
HARI - 4
• Berkumpul di lobi hotel pada jam 8
pagi. Ziarah luar Kota Madinah bersama Mutawwif.
• Perbanyakkan amalan-amalan sunat
HARI - 5
• Ziarah Kota Madinah
(tambahan/optional) bagi mereka yang ingin pergi pada kos SAR100/orang.
• Taklimat keberangkatan ke Mekah
HARI - 6
• Bersiap sedia untuk berangkat ke
Mekah mengikut waktu yang telah ditetapkan menaiki KERETAPI.
• Jemaah diminta untuk siap berihram
dan berwudhu di hotel Madinah sebelum berangkat ke Mekah.
• Tiba di Mekah, selepas urusan check
in hotel, jemaah diminta untuk berkumpul di lobi hotel untuk menunaikan ibadah
umrah pertama dengan bimbingan Mutawwif pada waktu yang ditetapkan.
HARI - 7
• Rehat & aktiviti bebas.
• Perbanyakkan amalan-amalan sunat
HARI - 8
• Berkumpul di lobi hotel pada jam 8
pagi untuk aktiviti ziarah luar Kota Makkah 1 .
• Perbanyakkan tawaf, amalan-amalan
sunat
HARI - 9
• Berkumpul di lobi hotel pada jam 8
pagi untuk aktiviti ziarah dalam Masjidil Haram.
• Perbanyakkan tawaf, amalan-amalan
sunat
HARI - 10
• Berkumpul di lobi hotel pada jam 8
pagi untuk aktiviti ziarah luar Kota Mekah 2.
• Solat Jumaat di Masjidil Haram.
• Perbanyakkan tawaf, amalan-amalan
sunat.
HARI - 11
• Bersiap sedia untuk berangkat ke
Taif selepas Zohor.
• Setiba di Taif, check-in hotel dan
pengisian rohani oleh Mutawif dan taklimat
keberangkatan
pulang ke tanah air.
HARI - 12
• Bersiap sedia untuk berangkat
pulang ke tanah air pada waktu yang telah di tetapkan.
• Ziarah Taif (optional).
• Berangkat ke Airport Jeddah untuk
urusan check in pulang ke tanah air.
HARI - 13
• Dijangka tiba di KLIA jam 1710.
• Selepas ambil beg masing-masing,
jemaah diminta berkumpul di tempat yang telah ditetapkan oleh Mutawwif untuk
taklimat perpisahan.
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
1. Bolehkah wanita tanpa mahram menunaikan Umrah?
Wanita berumur 18 tahun ke atas boleh menunaikan Umrah tanpa
mahram dengan Visa Pelancong. Visa Pelancong membolehkan wanita memasuki Arab
Saudi dengan Visa Masuk Tunggal dan sah selama 30 hari.
2. Adakah suntikan vaksin diperlukan sebelum menunaikan Umrah?
Ya. Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua Jemaah Umrah perlu
mendapatkan suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) sebelum menunaikan Umrah.
Namun begitu, cas suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) tidak termasuk dalam pakej Umrah
3. Adakah kursus Umrah akan disediakan untuk para jemaah?
Kursus Umrah disediakan secara percuma untuk para jemaah
Umrah dan akan dibimbing oleh Ustaz yang berpengalaman. Ustaz akan membantu
menjawab segala kemusykilan dan persoalan berkaitan ibadah Umrah.
4. Berapakah tempoh masa minimum yang diperlukan sebelum tarikh
perjalanan?
60 hari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan