Jumaat, 22 April 2022

FELCRA TRAVELS & TOURS WAKIL PAHANG | UMRAH TEMERLOH



FELCRA TRAVELS & TOURS SDN BHD

FELCRA TRAVELS & TOURS SDN BHD merupakan syarikat/agensi pelancongan 100% muslim bumiputera dan berlesen penuh (Co 114515P KKKP0980). Kami adalah sebuah syarikat yang telah beroperasi selama lebih 30 tahun dalam bidang pelancongan dan Perkhidmatan UMRAH dan HAJI. 

Felcra Travels & Tours Sdn Bhd dibekalkan lesen khas umrah bagi kelengkapan syarat sebagai pengendali pakej umrah kepada bakal jemaah tetamu Allah ke kota suci Mekah dan Madinah yang dibimbing oleh mutawwif berpengalaman serta berpengetahuan luas berkaitan manasik umrah dan haji termasuk pengendalian pakej ziarah ke kota suci ke-3 umat Islam, Baitul Maqdis.

Kami mahir mengendalikan pakej ke luar negara (Outbound), berpengalaman dalam mengendalikan pakej pelepasan bersiri secara berkumpulan ke pelbagai destinasi menarik seluruh dunia dengan tawaran harga berpatutan serta jaminan kualiti perkhidmatan pada tahap terbaik.

Felcra Travels & Tours Sdn Bhd turut menguruskan percutian dalam negara (Inbound), percutian secara persendirian (FIT), serta program lawatan teknikal dan pengurusan acara (MICE), diuruskan mengikut kesesuaian dan citarasa pelanggan-pelanggan kami.


FELCRA TRAVELS & TOURS: AGENT PAHANG

FELCRA TRAVELS & TOURS: AGENT PAHANG pula adalah para mutawwif di negeri Pahang D.Makmur yang telah dilantik oleh Felcra Travels & Tours Sdn Bhd untuk merancakkan lagi industri ini. Di bawah adalah mereka yang telah menerima surat perlantikan dan dibenarkan untuk membantu syarikat.

 PENGARAH AGENT PAHANG

Tuan Haji Fadhli Dzulkarnain bin Mohd Norawi
(No Tel: 014-2161707)

Tuan Haji Fadhli Dzulkarnain dilahirkan pada tahun 1972 di Temerloh, Pahang D.Makmur. Mendapat pendidikan menengah dari Sekolah Menengah Agama. Beliau berpengalaman luas sebagai mutawwif dan telah bersama Felcra Travels & Tours Sdn Bhd semenjak 2014. Banyak negara telah dilawatinya dan pengalaman itu akan memastikan para jemaah disantuni dengan penuh hemah. Pengalaman berhadapan dengan masalah penduduk dalam masyarakat setempat juga menjadikan beliau cukup disenangi apabila diajak berbual. 


MUTAWWIF 1

Mej (B) Haji Suhaimi bin Mohamed Saman
(No Tel: 0139277414)

Mej (B) Haji Suhaimi dilahirkan pada tahun 1974 di Temerloh, Pahang D.Makmur. Beliau juga mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama dan menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berpengalaman luas menganjur kursus-kursus praktikal haji dan umrah di dalam negara dan di Brunei Darussalam. Berkesempatan menyertai Konvensyen Haji Serantau di Brunei Darussalam melibatkan negara Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia.


MUTAWWIF 2

Tuan Haji Nazri bin Hamzah
(No Tel: 0139795634)

Tuan Haiji Nazri dilahirkan pada tahun 1974 di Chenor, Pahang Darul Makmur. Beliau juga berlatar belakang pendidikan di Sekolah Menengah Agama sebelum menyambung pengajian di Kuliah Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur. Kini bertugas sebagai imam di Masjid Bohor Baru. Tugas sebagai imam memberi kelebihan tambahan apabila membawa para jemaah dengan bacaan doa yang jelas dan mudah diikuti olah jemaah. Berpengalaman luas sebagai mutawwif di syarikat lain sebelum mengambil keputusan menyertai Felcra Travels & Tours.


MUTAWWIF 3

Tuan Haji Mohd Johari bin Omar
(No Tel: 0199559463)

Tuan Haji Mohd Johari dilahirkan pada tahun 1974 di Jerantut, Pahang D.Makmur. Menerima pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama dan seterusnya melanjutkan pengajian di Kuliah Abu Bakar, Pekan, Pahang D.Makmur. Berpengalaman luas melaksanakan kursus-kursus praktikal haji dan umrah melibatkan peserta dari ATM dan Brunei Darussalam. Beliau merupakan salah seorang petugas haji musim 2014. 


MUTAWWIF 4

Tuan Haji Saberi bin Razali
(No Tel: 0193305232)

Tuan Haji Saberi dilahirkan pada tahun 1963 di Temerloh, Pahang D.Makmur. Bak kata orang tua-tua, "Lebih dahulu makan garam". Dalam usia sebegitu tentulah banyak pengalaman yang beliau miliki. Sebagai satu catatan bagi menggambarkan luasnya perjalanan beliau, negara-negara seperti Arab Saudi, India, China, Vietnam, Kemboja, Thailand, Hong Kong, Indonesia dan Brunei telah dilawati beliau. Oleh itu, peserta tidak perlu risau apabila menyertai pakej pelancongan bersama Tuan Haji Saberi.


APA YANG TERMASUK DALAM PAKEJ?

1.            Tiket flight kelas Ekonomi MH atau Saudi Airlines.

2.            Penginapan di Madinah 5 malam.

3.            Penginapan di Makkah 5 malam.

4.            Pengangkutan Bas di Tanah Suci.

5.            Visa Tourist termasuk Insuran.

6.            Mutawwif di Tanah Suci.

7.            Mutawwifah Raudhah.

8.            Bellboy check in/out Hotel Madinah & Makkah.

9.            Makanan dalam perjalanan Madinah ke Makkah.

10.          Tiket keretapi Madinah ke Mekah.



ITINERARY PENUH UMRAH

PAKEJ UMRAH: 

Tentatif ini sebagai panduan umum sahaja dan mungkin berubah mengikut tarikh perjalanan dan keadaan ketika itu.

HARI - 1

             Berkumpul di KLIA, 4 jam sebelum waktu berlepas untuk urusan check-in dan taklimat keberangkatan.

             Tiba di Airport Madinah, terus ke Hotel Madinah untuk urusan check-in dan pendaftaran sim card Saudi.

             Perbanyakkan amalan-amalan sunat.

HARI - 2

             Ziarah Dalam Masjid Nabawi bersama Mutawwif.

             Cadangan untuk jemaah ke Raudah (Tertakluk pada kekosongan semasa).

HARI - 3

             Solat Jumaat di Masjid Nabawi.

             Perbanyakkan amalan-amalan sunat

HARI - 4

             Berkumpul di lobi hotel pada jam 8 pagi. Ziarah luar Kota Madinah bersama Mutawwif.

             Perbanyakkan amalan-amalan sunat

HARI - 5

             Ziarah Kota Madinah (tambahan/optional) bagi mereka yang ingin pergi pada kos SAR100/orang.

             Taklimat keberangkatan ke Mekah

HARI - 6

             Bersiap sedia untuk berangkat ke Mekah mengikut waktu yang telah ditetapkan menaiki KERETAPI.

             Jemaah diminta untuk siap berihram dan berwudhu di hotel Madinah sebelum berangkat ke Mekah.

             Tiba di Mekah, selepas urusan check in hotel, jemaah diminta untuk berkumpul di lobi hotel untuk menunaikan ibadah umrah pertama dengan bimbingan Mutawwif pada waktu yang ditetapkan.

HARI - 7

             Rehat & aktiviti bebas.

             Perbanyakkan amalan-amalan sunat

HARI - 8

             Berkumpul di lobi hotel pada jam 8 pagi untuk aktiviti ziarah luar Kota Makkah 1 .

             Perbanyakkan tawaf, amalan-amalan sunat

HARI - 9

             Berkumpul di lobi hotel pada jam 8 pagi untuk aktiviti ziarah dalam Masjidil Haram.

             Perbanyakkan tawaf, amalan-amalan sunat

HARI - 10

             Berkumpul di lobi hotel pada jam 8 pagi untuk aktiviti ziarah luar Kota Mekah 2.

             Solat Jumaat di Masjidil Haram.

             Perbanyakkan tawaf, amalan-amalan sunat.

HARI - 11

             Bersiap sedia untuk berangkat ke Taif selepas Zohor.

             Setiba di Taif, check-in hotel dan pengisian rohani oleh Mutawif dan taklimat

keberangkatan pulang ke tanah air.

HARI - 12

             Bersiap sedia untuk berangkat pulang ke tanah air pada waktu yang telah di tetapkan.

             Ziarah Taif (optional).

             Berangkat ke Airport Jeddah untuk urusan check in pulang ke tanah air.

HARI - 13

             Dijangka tiba di KLIA jam 1710.

             Selepas ambil beg masing-masing, jemaah diminta berkumpul di tempat yang telah ditetapkan oleh Mutawwif untuk taklimat perpisahan.


FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

1. Bolehkah wanita tanpa mahram menunaikan Umrah?

Wanita berumur 18 tahun ke atas boleh menunaikan Umrah tanpa mahram dengan Visa Pelancong. Visa Pelancong membolehkan wanita memasuki Arab Saudi dengan Visa Masuk Tunggal dan sah selama 30 hari.

2. Adakah suntikan vaksin diperlukan sebelum menunaikan Umrah?

Ya. Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua Jemaah Umrah perlu mendapatkan suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) sebelum menunaikan Umrah. Namun begitu, cas suntikan vaksin (Meningitis ACWY135)  tidak termasuk dalam pakej Umrah

3. Adakah kursus Umrah akan disediakan untuk para jemaah?

Kursus Umrah disediakan secara percuma untuk para jemaah Umrah dan akan dibimbing oleh Ustaz yang berpengalaman. Ustaz akan membantu menjawab segala kemusykilan dan persoalan berkaitan ibadah Umrah.

4. Berapakah tempoh masa minimum yang diperlukan sebelum tarikh perjalanan?

60 hari


HUBUNGI KAMI

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, minat atau berhasrat untuk mengerjakan umrah atau melancong jangan segan-segan menghubungi kami di talian di bawah:

Tuan Haji Fadhli Dzulkarnain bin Mohd Norawi
(No Tel: 014-2161707)

Mej (B) Haji Suhaimi bin Mohamed Saman
(No Tel: 0139277414)

Tuan Haji Nazri bin Hamzah
(No Tel: 0139795634)

Tuan Haji Mohd Johari bin Omar
(No Tel: 0199559463)

Tuan Haji Saberi bin Razali
(No Tel: 0193305232)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan